17 July 2009

Selangor Exco's political secretary dead at MACC Hq..............

Teoh Beng Hock, the political secretary of Seri Kembangan assemblyman Ean Yong Hian Wah, who was taken in for questioning by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) yesterday, was found dead at the MACC headquarters today.

It is unclear if Teoh, a 30-year-old former journalist with Chinese daily Sin Chew Jit Poh, fell or jumped from Plaza Masalam, where the MACC has offices on the 14th floor. His body was found on the roof of the five-storey building next door.

At a press conference, the MACC director of investigations Datuk Mohd Shukri Abdul said Teoh was questioned from 5pm yesterday to 3.45am and was released soon after.

However, Teoh said he was tired and so he rested on a settee in the lobby. He was seen sleeping on the settee at 6am. At about 1.30pm, Shukri said, they heard that a body had been found on the 5th floor of the adjacent building and when one of the MACC officers went to investigate, he realised it was one of their witnesses.

Shukri said Teoh was not a suspect but was questioned as part of their investigations into the misuse of state allocations. Selangor police chief Datuk Khalid Abu Bakar said the deceased was found lying in a pool of blood clad in a white shirt, black pants and jacket. Police are trying to contact Teoh’s family members to help identify the body.

In an immediate reaction, DAP supremo Lim Kit Siang expressed shock and asked in his twitter account, “Is there now the first case of death in custody, not police but MACC? If so, heads must roll!”

Teoh Beng Hock, the political secretary of Seri Kembangan assemblyman Ean Yong Hian Wah, who was taken in for questioning by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) yesterday, was found dead at the MACC headquarters today.

It is unclear if Teoh, a 30-year-old former journalist with Chinese daily Sin Chew Jit Poh, fell or jumped from Plaza Masalam, where the MACC has offices on the 14th floor. His body was found on the roof of the five-storey building next door.

Teoh Beng Hock, the political secretary of Seri Kembangan assemblyman Ean Yong Hian Wah, who was taken in for questioning by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) yesterday, was found dead at the MACC headquarters today.

It is unclear if Teoh, a 30-year-old former journalist with Chinese daily Sin Chew Jit Poh, fell or jumped from Plaza Masalam, where the MACC has offices on the 14th floor. His body was found on the roof of the five-storey building next door.

Btw. Teo Beng Hock was to get married today, July 17 2009.

My deepest condolences to the family of the late Teo Beng Hock. Out of respect, I would refrain from making any comments and I hope that the truth is revealed soon.

Read here,here,here and here.

cheers.

16 July 2009

Bahan bukti - Mahkamah terima permohonan Anwar

Sdr. Anwar Ibrahim berkata beliau puas hati dengan keputusan mahkamah yang mengarah pendakwaraya menyerahkan bukti yang disembunyikan kepada pasukan peguambela.

Membacakan keputusan kes pada jam 2.30 petang tadi, Hakim Zabidin Md Diah menyanggah hujah pendakwaraya yang mendakwa mahkamah tidak boleh memaksa pihak pendakwaraya menyerahkan bukti-bukti bukan dokumen. Hakim Zabidin berkata tiada sebarang peruntukan dalam undang-undang yang menghalang pihak pendakwaraya atau menyekat mahkamah dari mengemukakan bukti-bukti yang relevan kepada pasukan pembelaan.

Mahkamah dengan ini mengarahkan pihak pendakwaraya harus menyerahkan akuan dari tujuh saksi yang akan ditampilkan oleh pendakwaraya, ujian rawatan perubatan dan nota pakar kimia dalam masa satu minggu. Peguambela Anwar juga diberi keizinan untuk menonton sedutan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Saiful di kondo kejadian pula, sekiranya salinan pendakwaraya tidak jelas. Manakala sampel dan spesimen DNA gagal diperoleh atas "sebab-sebab keselamatan", begitu juga rakaman video testimoni penuduh, Saiful Bukhari Azlan, kepada polis pada 30 Jun 2008.

Anwar berkata walaupun kes tuntut bukti memihak kepada beliau, namun mengingatkan pasukan pembelaannya berwaspada ekoran pengalaman lalu berhubung manipulasi bukti oleh pihak pendakwaraya. Pendakwaraya berkata pihaknya akan merayu kepada keputusan mahkamah ini, seraya membantutkan lagi persediaan Anwar nanti.

source:pahangdaily

(Justice Mohamad Zabidin Mohd Diah has ruled Opposition Leader Anwar Ibrahim's defence team be given access to some of the prosecution's evidence in the sodomy case.

In his decision this afternoon, Mohamad Zabidin ordered the prosecution to allow Anwar's lawyers to inspect CCTV recordings of the alleged crime scene if the given copy is unclear.

He also ordered that the examination notes of Hospital Kuala Lumpur doctors on the alleged victim - Mohd Saiful Bukhari Azlan - be handed to the defence team.

The High Court judge also wants the prosecution to provide the defence team with the witness statements of seven individuals.

However, the court refused to grant the defence access to the original DNA specimen because the samples have been packeted and sealed.)

source:malaysiakini

cheers.

Pendakwaraya kata Laporan Pusrawi hilang..........

Pendakwaraya berkata pihaknya tidak mempunyai laporan perubatan Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Kuala Lumpur keatas penuduh, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut laporan itu, Saiful mengadu mengalami tenesmus iaitu kesukaran dan kesakitan ketika membuang air besar. Setelah diperiksa Dr Mohamed Osman, di dapati dubur Saiful “tidak mengalami pendarahan aktif”, “tiada kesan ulser atau nanah” dan “tiada kesan koyak atau calar”.

Dr Mohamed Osman memeriksa penuduh beberapa jam sebelum membuat Saiful laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun tahun lalu. Saiful mendakwa dia telah dirogol, sebelum pendakwaraya menukar tuduhan kepada sukarela.

Pendakwaraya juga berkata pihaknya telah menyerahkan laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur kepada pasukan pembelaan.

source:suara keadilan

Satu perbuatan yang sengaja dan tidak bertanggungjawab oleh pihak pendakwaraya mengikut skrip yang dirancang. Mungkin terselit kat bontot Saiful kot............

Btw. why is Anwar in court but not Dr.Chua Soi Lek ? He publicly admitted his DVD act ?


video


cheers.

15 July 2009

N41 Manek Urai - PAS nyaris-nyaris tersungkur....




Pasai apa undi majoriti calon PAS merosot? Itu aku tak tahu, tapi anda boleh tanya orang ini............


atau pun kerana ini.........



Bila dibandingkan bilangan undi yang diperolehi oleh Mohd. Fauzi dengan Allahyarham Ismail Yaakob nyata undi PAS merosot daripada 5746 kepada 5348 iaitu sebanyak 398. Mungkin 398 ini adalah pengundi atas pagar. Sedangkan undi calon UMNO bertambah daripada 4394 kepada 5283 sebanyak iaitu 889. Peratus mengundi pula meningkat daripada 84.2% kepada 87.0%. Jumlah keluar mengundi bertambah daripada 10,353 kepada 10,736,iaitu sebanyak 373.



Menurut sumber-sumber tedekat PAS hanya mempunyai kira-kira 700 ahli di Manek Urai dengan UMNO mempunyai lebih 4,000 ahli. Kemungkinan besar, kali ini lebih ramai ahli-ahli UMNO keluar mengundi berbanding pada tahun 2008 dan ditambah dengan 398 yang dulu sokong PAS, sekarang beralih angin menjadi punca bertambahnya undi untuk UMNO. Jadi UMNO jangan dok syiok sangat konon-konon pengundi Melayu sudah berpatah balik.

Apa-apa pun UMNO tetap kalah tak kiralah berapa undi. Professor-professor kangkong akan buat ulasan yang panjang lebar, kononnya orang-orang Melayu dah berduyun-duyun berpatah balik ke UMNO,kerana kepimpinan Najib. Betoi kah?

Kalau orang Melayu berpatah balik ke UMNO kerana apa?...... duit, kekayaan,pangkat..... atau kerana pertelingkahan antara gulongan konservatif dan gulongan Erdogan dalam PAS atau kerana ahli-ahli PAS kurang selesa dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat?

Kalau begitu apakah dengan sokongan yang UMNO dapat ini akan membuatkan UMNO lebih berani untuk membubarkan DUN Perak kerana bagi UMNO kemenangan tipis PAS itu menandakan bahawa rakyat khususnya orang Melayu sudah berpatah balik kepada UMNO?

How UMNO manage to win more votes this time around is not surprising and it doesnt take a rocket scientist to figure it out. You know what I meant.......

However, PAS and its PR partners has been warned, shape up and deliver or Malaysia will remain in the hands of UMNO for years to come.

PAS is lucky because 65 people really save their day. A win is a win, even by one vote.That's democracy.

Biaq pilah puak-puak UMNO ini dok syok sendiri...................



Baca di sini, sini dan sini.

cheers.

14 July 2009

N41 Manek Urai - Jom kita undi PAS...........


Hari ini pengundi-pengundi Manek Urai akan memilih sama ada PAS atau UMNO sebagai ADUN mereka. Harap para pengundi akan mengundi secara bijak.



Di atas kertas PAS hanya mempunyai kira-kira 700 ahli di Manek Urai dengan Umno mempunyai lebih 4,000 ahli, namun angka itu tidak menjanjikan laluan mudah buat calon-calon yang bertanding. "Ahli kita sikit tapi penyokong kita ramai," kata seorang pemimpin PAS tempatan.

JOM RAMAI KITA TOLAK UMNO



"Kecek-kecek besar, sapo dio nok ko BN, takdok doh oghe suko BN, oghe UMNO hok tok cidik yah nok BN hok lain tok se doh".....








Read here, here and here.

Terkini:

Turnout was recorded at 68.4 percent or 8,415 votes as at 12.00 pm, according to the Election Commission (EC). Voter will have until 5pm, to cast their votes in this crucial by-election. The result is expected to be known by 8pm

cheers.

13 July 2009

Janji-janji kosong Muhyiddin Yassin.......


Inilah jambatan yang Muhyiddin Yassin umpan untuk diganti dengan yang baru bernilai RM 7 juta, sambil berkata, "Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.."

UMNO telah memberi kata dua kepada rakyat Kelantan di Manek Urai - samada undi PAS atau undi untuk jambatan. Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin menjanjikan sebuah jambatan baru menhubungkan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru sekiranya UMNO menang dalam pilihanraya nanti.



Ini pula jambatan yang Pat Lah janji untuk tambah satu lagi semasa PRU ke-12 dulu. MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz berkata,"Itu adalah janji saja, matan PM Pat Lah pernah janji nak bina jambatan Sultan Ismail ke-2 menyeberangi Sungai Kelantan, tapi sehingga hari ini apa-apa pun tak bermula lagi".

Apa jadi dengan janji-janji UMNO semasa PRK di Pengkalan Pasir dulu yang UMNO menang dulu pun masih tak dilaksanakan ini kan pula janji UMNO di Manek Urai?

Sementara itu, Kelantan mengisytiharkan esok(14/7/09) sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja.


Dalam ceramah Perdana semalam, Anwar berkata Umno perlu menyerahkan semula RM1 bilion royalti minyak yang dihutang Umno-BN kepada rakyat Kelantan sejak 2004.

"Jangan cakap pasal jambatan, serah kembali RM1 bilion dan biarkan Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) uruskannya. Disini mereka cakap pasal RM6 juta, RM7 juta kerana mereka fikir rakyat bodoh," kata Anwar dalam satu ceramah di Sungai Peria, Kuala Krai.

"This is Umno and BN, they are stupid to make such promises. He (Muhyiddin) is not qualified to say that a bridge can be built immediately.

He also slammed the federal government's plan to build new mosques in the rural constituency.

“Manek Urai is not about new mosques, there are enough mosques in Manek Urai,” Anwar told the all Muslim crowd.

KITA UNDI PAS



KITA TOLAK UMNO
"sapo dio tok kenal BN pelawok belako"







cheers.

N41 Manek Urai - Muhyiddin kata undi UMNO dapat jambatan..............


Gomen Najib menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

Menurut TPM Muhyiddin dengan jelas lagi, "Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat (jelas seperti ada unsur ugutan) . Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN."Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN.

Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.

Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.

source:malaysiakini

Adakah kenyataan Muhyiddin melanggar akta pilihanraya? Bukankah tawaran sebegini seperti cuba menyogok pengundi DUN Manek Urai?

Tetapi,kalau pemimpin UMNO cakap, its OK jangan pihak pembangkang, kerana undang-undang Malaysia ada dua. Satu untuk gomen dan satu lagi untuk pembangkang.

Pikiaq mailah bila wang bertukar tangan untuk mendapat sokongan dalam pemilihan pemimpin UMNO ia diklasifikasikan sebagai politik wang bukan rasuah.

Tapi kalau perkara yang sama berlaku kepada pembangkang ianya adalah rasuah, ptuuih........


JOM KITA UNDI PAS








RAMAI-RAMAI KITA TOLAK UMNO




cheers.

12 July 2009

Nasharuddin Mat Isa jelma di Manek Urai.........

"Kehilangannya" Nasharuddin Mat Isa telah menimbulkan pelbagai andaiaan, terutama sekali apabila beliau sebelum ini ditegur Nik Aziz berhubung isu kerajaan perpaduan. Mengulas lanjut, Nasharuddin mengesahkan bahawa beliau sakit dan mendapatkan rawatan di hospital sebelum ini, seperti dilaporkan media.

Ditanya sama ada beliau merupakan "mangsa persepsi", Nasharudin berkata beliau akan menjelaskan perkara itu, bersama isu-isu lain selepas pilihanraya kecil Manek Urai 14 Julai ini. Katanya, beliau mengambil sikap tidak memberikan respons kepada media sebelum ini kerana mendakwa "media Malaysia tidak bebas untuk melaporkan". Ditanya tentang jangkaan isu yang akan dimainkan BN, beliau berkata: "Saya lihat mereka (BN) tidak ada isu."

Nasharuddin tiba di Kelantan jam 9 pagi dan turut serta dalam solat Dhuha bersama Mursyidul Am PAS dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah. Majlis sembahyang solat Dhuha itu diadakan di Sungai Peria, Manek Urai. Nasharuddin dijadual menghadiri taklimat mengenai kempen pilihanraya di markas induk PAS Manek Urai.

Turut berada di Manek Urai bersama beliau adalah anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin yang turut ke situ untuk membantu kempen calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.




Ceramah Perdana di Manek Urai

Tarikh: Ahad 12 Julai 2009
Masa: 9-12 tengah malam

Tempat: Kampung Sungai Peria, Manek Urai, Kelantan.


Penceramah:
YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, YB Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang
Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin.


RAMAI-RAMAI KITA UNDI PAS




DAN RAMAI-RAMAI KITA TOLAK UMNO






cheers.